Hari di opis dimulakan dengan nasik lemak yang aku beli di Restoran Zaman.Kedai tersebut baru sahaja dapat notis penutupan oleh Jabatan Kesihatan,atas alasan tidak bersih dan tidak suci.Padahal aku nampak kedai Bak Kut Teh bawah opis aku lagi tak suci dari kedai mamak Zaman tu.Tak kesah,yang penting aku lapar,aku makan jugak nasik lemak tu.
Hari aku di opis juga disemarakkan lagi dengan kata-kata motivasi oleh manager aku:
"I am not your secretary!"
Aku hanya mampu tersenyum simpul mati.Nak jawab apa lagi?Bos mana yang tak marah kalo disecretary kan oleh orang bawahan?hehehe..
Pagi tadi aku nampak 3 orang budak sekolah berbual dan bergelak tawa mesra.Tiga-tiga berlainan bangsa.Semalam dalam LRT juga aku nampak seorang budak berpakaian ala punk memberi tempat duduknya kepada seorang Ah So yang terketar-ketar berdiri.Ini meyakinkan aku,sifat perkauman tidak berlaku di kalangan orang awam,ia hanya berlaku di kalangan orang politik, dan juga suratkhabar Utusan.
Tahniah diucapkan kepada penunjuk perasaan tak kira la demonstrasi tak puas hati terhadap sultan ataupun terhadap Karpal Singh.Ini menunjukkan bila anda tak boleh buat apa-apa,demonstrasi adalah jalan terakhir.Juga menunjukkan demonstrasi jalanan adalah budaya seluruh dunia!
0
Kuliah Pagi
Kuliah Pagi
Tuesday, February 10, 2009
Posted in: karpal singh, kuliah, perkauman, suci | 0 Comments | Email This
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses to "Kuliah Pagi"
Post a Comment