0

Bosan ku dalam bahaya

Tuesday, February 10, 2009

Dalam banyak-banyak blog,mesti 7 dari 10 blog ada menceritakan tentang bosannya mereka di opis,dok umah ujung minggu,or bosan dengan kehidupan.
Kali ni aku nak menjadikannya 8 dari 10 blog.Sebab aku nak cerita betapa bosannya aku di opis arini.Tak rebel la ko arini!
Semalam Isnin,cuti Thaipusam yang telah dianjakkan dari hari Ahad.Semalam juga sepatutnya Monday Blues,tapi telah dianjakkan ke hari ini,Selasa.
Aku ada kerja,tapi aku malas nak buat.

Aku gagahkan jugak selesaikan tiket yang kecik dulu.At least, ada progress.

Hmm..apa lagi yang boleh menghilangkan kebosanan aku nih?Air dah banyak kali aku buat.Siap dah buang air tu balik..dari yang kecil sehingga yang besar.
Pidgin dgn Fuzz..balik-balik perbualan yang sama.

Fuzz : Aku dah start ngantuk..
Aku : Aku pon..
Fuzz: Cuba bagi idea camne nk ilangkan ngantuk..
Aku : Ko bogel la..ustazah aku cakap,bila dah malu,mesti ilang ngantuk..

Kesian Fuzz..
Dia dah la jiwa kacau,member baik dah ambik ex-bf dia.Bukan amik BF ye..tapi ex-BF..huahua..
Apa-apa je la Fuzz.Yang penting ko sedih tak kacau aku.Biar aku je yang kacau ko..

Tetiba mak aku call.Aku agak risau kalau tiba-tiba mak aku call,sebab balik nanti pon leh cerita,takyah la nak call.Bukannya tak suka.
Tapi risau la kan.Aku mana leh risau-risau nnt aku nervous.Bila aku nervous arghh..arghh..(punya la panik sampai tak tau dah apa yang aku merapu nih.)

"Yo wassap.." suara mak aku dari dalam telepon.Ala-ala Queen Latifah.
"Waalaikumsalam.." aku perli mak aku.
"Lu busy ke?" mak aku tanya.
"Agak busy la.Nape?"
"Hehehe" mak aku gelak.Hek ele..gelak plak dia.

"Mama nak suruh carikkan resepi kek kukus buah ni.Tlg carik kat internet yeh?"selambanya mak aku wat request.

Sia-sia aku nervous.Tapi sebagai anak yang tak tau nak melawan,aku mengiyakan je la.Nanti kalo jadi kek yang dia nak wat tu,aku jugak la yang nak melantak!
Hmm..sebab tu la aku makin boroi..huhu..

Tapi aku tetapkan dalam hati..BOROI ITU SEKSI!!
Dah pukul 6 dah pun..Siap jugak la blog yang aku tulis satu perenggan setiap setengah jam nih.

Bai Bai.

0 Responses to "Bosan ku dalam bahaya"